NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI PENGGUNA

Pelanggan yang dihargai,

Notis ini bertujuan mematuhi kehendak penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi memaklumkan hak-hak pengguna ke atas data-data peribadi (“Data Peribadi”) yang telah dan akan pengguna berikan kepada SAJ bagi tujuan bekalan air.

DATA PERIBADI PENGGUNA

SAJ akan memproses data peribadi berikut seperti yang diberikan oleh pengguna kepada pihak SAJ atau wakilnya di dalam borang bagi proses bekalan air:

  • Nama dan nombor Kad Pengenalan / passport.
  • Maklumat perhubungan; alamat premis bekalan, alamat surat menyurat, no. telefon dan alamat e-mel.
  • Lain-lain data peribadi yang diperolehi dari dokumen perundangan termasuk Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewaan, Surat kuasa Mentadbir, Sijil Pengesahan Wasiat, Surat Kuasa Wakil, Sijil Kelahiran Dan Sijil Kematian.
  • Maklumat akaun bil air.

PEMPROSESAN DATA PERIBADI PENGGUNA 

SAJ akan memproses data peribadi pengguna bagi tujuan berikut:

  • Membekalkan air untuk premis pengguna dan menyerahkan bil berkaitan.
  • Menyelenggara pengkalan data dan proses-proses yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan.
  • Membangunkan dan menyenggarakan sistem bekalan air.
  • Mendapatkan wang yang kena dibayar dan menjalankan penguatkuasaan mengikut Akta Industri  Perkhidmatan Air 2006.

Data peribadi dan maklumat pengguna sangat diperlukan oleh SAJ agar tidak menjejaskan keupayaan untuk memberikan perkhidmatan seperti dinyatakan di atas.

PENZAHIRAN DATA PERIBADI

SAJ mungkin akan menzahirkan data peribadi pengguna kepada pihak-pihak seperti di bawah bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan:

  • Ejen dan pembekal perkhidmatan yang melaksanakan perkhidmatan mengikut tujuan di mana data peribadi diberikan.
  • Pihak ketiga (termasuk yang berada di luar Negara) yang membekalkan perkhidmatan pemprosesan data.
  • Operator perkhidmatan air lain dan operator perkhidmatan pembentungan.
  • Jika dikehendaki oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang atau melindungi dan mempertahankan hak atau harta SAJ, kakitangannya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dan/atau kumpulan syarikatnya.

AKSES, PEMBETULAN DAN ADUAN

Pengguna boleh pada bila-bila masa (mungkin tertakluk kepada fi) mengemukakan permohonan bertulis meminta akses kepada, membuat pembetulan, atau menghadkan pemprosesan terhadap Data Peribadi atau untuk apa-apa aduan ke alamat dan e-mel seperti berikut:

 

 Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan & Perlindungan Data

 SAJ Holdings Sdn Bhd

 Bangunan Ibu Pejabat

 Jalan Garuda, Larkin

 80350 Johor Bahru


 E-mel : sajpdpa@saj.com.my

 


Ketua Pegawai Eksekutif

SAJ Holdings Sdn Bhd