Pemotongan bekalan air terbahagi kepada 2 jenis:

  • Pemotongan Bekalan Atas Permintaan
  • Pemotongan Bekalan Atas Penguatkuasaan

Pemotongan Bekalan Atas Permintaan

  1. Pelanggan perlu mengisi lengkap Borang SAJH 519 – Borang Permohonan Pemotongan Bekalan Air serta menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :
  • Salinan Kad Pengenalan (individu)
  • Salinan SSM (syarikat)
  • Salinan kematian bagi penama yang telah meninggal dunia
  • Surat permohonan pemulangan baki deposit untuk syarikat (berkepala surat syarikat)
  1. Akaun pelanggan akan disemak bagi menentukan status tunggakan. Sekiranya terdapat tunggakan, salinan bil air akan dikeluarkan dan pelanggan perlu menjelaskan terlebih dahulu sebelum kerja pemotongan dilaksanakan. Seandainya tidak dibayar dalam tempoh melebihi 30 hari dan 14 hari notis maka pemotongan atas penguatkuasaan akan dilakukan.

 

  1. Pelanggan juga perlu menyerahkan Resit Asal pembayaran deposit. Jika tiada, maka surat akuan perlu dilengkapkan dan disahkan oleh pegawai SAJ sekiranya nilai wang amanah kurang daripada RM1000.00. Sekiranya melebihi nilai RM1,000.00 Surat Akuan Sumpah perlu disertakan.

 

  1. Arahan kerja pemotongan bekalan air akan dikeluarkan kepada panel tukang paip SAJ sahaja.

 

  1. Akaun pengguna akan ditutup selepas kerja pemotongan bekalan air dilakukan. Baki wang amanah akan dikembalikan kepada pelanggan sekiranya ada. Pembayaran akan dibuat secara tunai sekiranya Wang Amanah kurang dari RM100.00. Manakala lebih RM100.00 akan dibayar melalui cek.

 

  1. Muat turun

Borang SAJH 519 – Borang Permohonan Pemotongan Bekalan Air

Pemotongan Bekalan Atas Penguatkuasaan

Pemotongan bekalan air atas penguatkuasaan akan dibuat oleh panel tukang paip SAJ apabila tiada pembayaran diterima selepas 30 hari dari bil dikeluarkan dan 14 hari dari tarikh penyerahan notis peringatan kepada pengguna.