PENGUMUMAN
KAJIAN SEMULA DEPOSIT PEMBEKALAN AIR BAGI NEGERI JOHOR
TARIKH: 8 FEBRUARI 2017

PERUNTUKAN AKTA

Kajian semula deposit akaun pembekalan air bagi negeri Johor adalah di bawah peruntukan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) di bawah Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 yang berkuatkuasa 1 Februari 2014.

Mengikut akta dan peraturan di atas, kajian semula dilakukan seperti berikut:

a) Pengguna Domestik setiap tahun pada 31 Januari

b) Pengguna Komersial dan Industri 2 kali setahun (31 Januari & 31 Julai)

KAEDAH PERLAKSANAAN

SAJ telah mula menuntut deposit tambahan kepada akaun bekalan air pengguna pada bil Februari 2017 sekiranya deposit sedia ada kurang daripada nilai deposit yang baharu.

Jika deposit sedia ada melebihi daripada nilai deposit baharu, jumlah lebihan deposit dimasukkan ke dalam akaun air pengguna pada pengebilan Februari 2017.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

Pengguna dinasihatkan untuk membuat pembayaran bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

PENGECUALIAN

Deposit bagi mana-mana akaun bekalan air yang telah dibuka bagi TEMPOH KURANG DARIPADA 6 BULAN, TIDAK AKAN dikaji semula pada kali ini TETAPI akan dikaji semula pada tempoh berikutnya.

Deposit bagi akaun bekalan air untuk tempat ibadah/bangunan bagi institusi keagamaan/pusat dan dewan komuniti/institusi kerajaan dan organisasi tanpa untung DIKECUALIKAN daripada apa-apa kajian semula deposit di bawah Peraturan.

Untuk sebarang pertanyaan dan permasalahan bil serta maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Agensi SAJ berdekatan.