Penyambungan bekalan air terbahagi kepada 2 jenis:

  • Penyambungan Bekalan Air Atas Permintaan
  • Penyambungan Bekalan Air Atas Penguatkuasaan

Penyambungan Bekalan Air Atas Permintaan

  1. Pelanggan perlu mengisi Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air dan serahkan di kaunter Khidmat Pelanggan SAJ.

 

  1. Beberapa dokumen sokongan diperlukan untuk proses sambung semula bekalan air seperti berikut :
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Beberapa dokumen sokongan : Salinan geran tanah / salinan cukai pintu / salinan cukai tanah / perjanjian sewaan ISPA
  • Bil air / no. akaun lama premis tersebut
  • Setem hasil RM10.00
  1. Pegawai di kaunter akan mengeluarkan bil caj sambungan semula dan bil deposit yang baru untuk proses sambungan semula.

 

  1. Setelah pembayaran telah disahkan, arahan kerja sambung semula akan dikeluarkan kepada panel tukang paip yang dilantik untuk membuat penyambungan meter air.

 

  1. Maklumat meter yang telah siap dipasang akan dikemaskini di dalam sistem SAJ.

 

  1. Muat turun

Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air                

Penyambungan Bekalan Air Atas Penguatkuasaan

  1. Pelanggan membuat permohonan di kaunter SAJ untuk sambungan semula bekalan air selepas pemotongan penguatkuasaan dikenakan.

 

  1. Pelanggan terlebih dahulu perlu menjelaskan tunggakan dan caj pemotongan serta caj sambungan semula seterusnya menunjukkan keratan resit pembayaran kepda pegawai di kaunter SAJ.  Setelah pembayaran disahkan, arahan kerja sambungan semula bekalan akan dikeluarkan kepada panel tukang paip yang dilantik untuk membuat penyambungan meter air.

 

  1. Bekalan Air yang dipotong atas sebab penguatkuasaan akan disambung semula dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan bukti pembayaran.

 

  1. Maklumat meter yang telah dipasang akan dikemaskini di dalam sistem pengebilan SAJ.