1. Permohonan air baru adalah permohonan kali pertama yang dibuat oleh pelanggan untuk mendaftarkan akaun bil air mereka di SAJ kerana premis yang tersebut tidak pernah didaftarkan sebelum ini.

 

  1. Pemohon hendaklah melantik tukang paip berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

 

  1. Tukang paip yang berdaftar tersebut akan melengkapkan Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air dan Borang SAJH501 dengan dikepilkan dokumen-dokumen lengkap yang disyaratkan

 

  1. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke kaunter SAJ bersama dengan beberapa dokumen sokongan mengikut jenis permohonan seperti berikut:

 

Bil. Jenis Permohonan Kategori

Pemohon

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
01 Individu

 

Pemilik Premis ·         Salinan I/C

·         Salinan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO)  / Perakuan Siap dan Pematuhan CCC / Cukai Pintu

·         Salinan Geran Tanah

·         Setem Hasil RM10.00

Penyewa Premis ·         Salinan I/C

·         Perjanjian Sewa

·         Setem Hasil RM10.00

Lain-lain permohonan Surat akuan  sumpah, surat pengesahan pemilik, Surat sokongan pihak-pihak yang terbabit
02 Syarikat Pemilik Syarikat ·         I/C Pengarah

·         Perjanjian Jual Beli

·         Sijil Pendaftaran Sykt (SSM)

·         Borang 24 & 49

·         Bank Guarantee (bagi penggunaan dari RM100K)

·         Authorization letter (wakil)

·         Setem Hasil RM10.00

Penyewa Syarikat ·         I/C Pemohon

·         Perjanjian Sewa

·         Sijil Pendaftaran Sykt (SSM)

·         Borang 24 & 49

·         Setem Hasil RM10.00

 

  1. Sekiranya borang telah lengkap mengikut ketetapan, SAJ akan mengeluarkan invois yang berkaitan untuk proses pembayaran deposit. Sekiranya tiada bayaran diterima di dalam tempoh 30 hari permohonan ini akan dibatalkan.

 

  1. Setelah proses pembayaran deposit selesai, SAJ akan mengeluarkan arahan kerja dan menyerahkan meter untuk proses pemasangan oleh tukang paip. Tempoh pemasangan adalah seperti berikut :

 

– 2 Hari Bagi Permohonan Individu
– 7 Hari Bagi Permohonan Berkelompok

 

  1. Maklumat meter yang telah siap dipasang akan dikemaskini di dalam sistem Pengebilan SAJ.

 

  1. Muat turun:

          Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air
          Borang SAJH501