1. Pelanggan boleh memohon untuk menguji meter air bagi memastikan ketepatan bacaan meter air dengan mengisi borang SAJ/OM/PEL/AG 16-BRG 01 – Uji Meter Air bersama-sama dengan bayaran deposit mengikut kadar berikut :
Bil. Saiz Meter Kadar Deposit (RM)
1. Meter bersaiz sehingga 50mm 50.00
2. Meter bersaiz 80mm 100.00
3. Meter bersaiz 100-150mm 400.00
4. Meter bersaiz 200-400mm 800.00
  1. Selepas pembayaran deposit disahkan, arahan kerja penukaran meter akan dikeluarkan kepada tukang paip / krew SAJ

 

  1. SAJ akan memaklumkan kepada pelanggan secara bersurat tentang tarikh, masa dan tempat ujian meter air. Pelanggan dijemput dan digalakkan untuk menyaksikan sendiri ujian meter air yang dijalankan.

 

  1. Surat keputusan pemberitahuan uji meter akan dihantar kepada pelanggan berdasarkan keputusan samaada meter baik atau meter rosak.

 

  1. Jika didapati keputusan meter air BAIK, akaun pelanggan akan dikemaskini dan wang deposit tidak dikembalikan.

 

  1. Sekiranya meter didapati ROSAK, akaun pelanggan akan dikemaskini dan wang deposit akan dikembalikan melalui akaun bil air pelanggan dan pelarasan akan dibuat berdasarkan penggunaan meter baru

 

  1. Muat turun

Borang Uji Meter Air