PRESS RELEASE 

DATE: 8 MARCH 2017

————————————————————————————————————

DEPOSIT AIR:

SAJ PERHALUSI MEKANISMA BANTUAN KERAJAAN

JOHOR BAHRU– SAJ menghormati keprihatinan Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi menanggung bayaran deposit air yang dikenakan kepada pelanggan di negeri ini dan SAJ berpendapat langkah ini wajar bagi memulakan inisiatif untuk masyarakat di negeri ini peka terhadap pengurusan permintaan air (Water Demand Management)

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, “Sehubungan itu, syarikat sedang memperhalusi kaedah dan mekanisma yang diumumkan oleh kerajaan negeri bagi membayar RM10 juta deposit air untuk pelanggan yang terlibat dengan kenaikan deposit tidak melebihi RM100,”

Mengikut rekod Negeri Johor telah mencatatkan penggunaan domestik per kapita sehari sebanyak 211 untuk tahun 2015. Perlaksanaan terhadap pengurusan permintaan air boleh membantu ke arah usaha bagi mengurangkan penggunaan air oleh pengguna di negeri ini supaya setanding dengan negara maju.

“SAJ akan memaklumkan kepada pelanggan dari masa ke masa berkaitan perkara ini.  Buat masa ini pelanggan masih boleh meneruskan penyelesaian bil semasa dengan kaedah sedia ada sehingga satu mekanisma yang berkaitan dapat dilaksanakan” ujarnya lagi.

Keresahan pengguna berikutan kajian deposit air telah mendapat perhatian Kerajaan Negeri apabila YAB Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi menanggung bayaran tersebut khusus meringankan beban pengguna.

Berkaitan kajian deposit air ini, orang ramai juga digalakkan untuk datang sendiri ke kaunter agensi SAJ berdekatan untuk mendapatkan penjelasan sekiranya memerlukan bantuan berkaitan.

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan bil air boleh juga terus menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1 800 88 7474 atau SMS 019 772 7474 atau menerusi e-mail customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam.

–end-