PUBLIC ANNOUNCEMENT
SAJ ANNOUNCES NEW CHIEF EXECUTIVE OFFICER
DATE: 2 APRIL 2017

JOHOR BAHRU– SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJ) hari ini mengumumkan perlantikan Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Faizal Bin Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuatkuasa hari ini, 2 April 2017.

Perlantikan ini adalah bagi menggantikan Abdul Wahab Bin Abdul Hamid yang kembali kepada ibu pejabat Kumpulan Ranhill Berhad di Kuala Lumpur selepas dua belas tahun menerajui syarikat ini sejak tahun 2005.

Dato’ Ahmad Faizal Bin Abdul Rahman sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sejak Julai 2009. Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah PAAB dan juga perlantikan di beberapa anak syarikat di bawah kumpulan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar Prokhas Sdn Bhd dan Ketua Perbankan  Korporat Bank Pelaburan Maybank serta Pengarah, PT Maybank Indocorp, Indonesia. Beliau juga pernah berkhidmat di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. Dato’ Ahmad Faizal yang berkelulusan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan di United Kingdom dan berpengalaman luas selama 16 tahun dalam bidang perbankan korporat.

Perlantikan Dato’ Ahmad Faizal Bin Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu merupakan satu lagi mercu tanda bagi syarikat selaras dengan halatuju SAJ bagi memantapkan kedudukan dan menangani masalah semasa pembekalan air di negeri Johor dengan lebih efisien.