A – Info Bil

1. Berapa kerapkah bil air akan saya terima?

Secara umumnya, anda akan menerima bil air setiap sebulan sekali.

2. Apakah yang patut dilakukan sekiranya bil air saya tidak diterima?

Sekiranya anda tidak menerima bil air lebih daripada 2 bulan berturut-turut, anda boleh memeriksa bil air anda dengan email kepada kami di customer.care@saj.com.my

3. Mengapakah bil air saya meningkat secara mendadak?

Ini berkemungkinan disebabkan kebocoran pada sistem paip dalaman atau limpahan air pada tangki bumbung rumah anda

4. Bagaimana untuk mengetahui sekiranya berlaku kebocoran pada paip dalaman di rumah saya?

Sebelum masuk tidur dan ketika tiada sesiapa menggunakan bekalan air, sila baca meter air di rumah anda. Keesokannya, sebelum menggunakan air, semak bacaan meter sekali lagi dan lihat sekiranya terdapat perbezaan pada bacaannya. Sekiranya terdapat perbezaan pada bacaan meter penggunaan air, ini menunjukkan berlaku pengaliran air walaupun ketika tidak digunakan.

5. Bolehkah saya menerima bil air melalui emel?

Ya, anda boleh mendapatkan bil air dan salinan bil elektronik akan dihantar ke alamat emel anda yang sah dengan mendaftarkan perkhidmatan bil elektronik e-Billing

6. Di manakah saya boleh membuat pembayaran bil air?

Anda boleh membayar bil air di:

Semua pejabat agensi SAJ, Telekom Malaysia, TNB, POS Malaysia (di Johor), MBJB, MPJBT, MDSU (Segamat), MDSS (Labis)Bank / ATM (BSN, Maybank, AMBank, Agro Bank, Bank Islam, HSBC or Bank Rakyat) Perbankan internet (Hong Leong Bank, CIMB, RHB, Bank Islam, Affin Bank & Al-Rajhi Bank) Kad kredit – MBF cards

B –Permohonan Bekalan Air / Pemotongan / Penyambungan Semula

1. Bagaimana saya boleh memohon bekalan air baru?

Bagi memohon bekalan air baru, anda dikehendaki melantik tukang paip bertauliah dan mengisi borang SAJH501

2. Mengapa pemotongan bekalan air saya berlaku?

Pemotongan bekalan air boleh dibuat menerusi:

  1. Permohonan dari pelanggan
  2. Penguatkuasaan

3. Bagaimana saya boleh menyambung semula bekalan air yang telah dipotong?

Anda boleh membuat permohonan bagi penyambungan semula bekalan air dengan melengkapkan dan menghantarkan Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air atau bukti pembayaran tunggakan perlu dikemukakan sebelum penyambungan bekalan air boleh dilakukan

4. Berapa lamakah bekalan air saya boleh disambung semula?

Bekalan air akan disambung semula dalam masa 2 hari bekerja selepas bayaran deposit dan yuran penyambungan atau bayaran tunggakan diterima

C – Meter Air

1. Berapa lama kebiasaannya diperlukan untuk memasang meter air individu?

Bagi permohonan meter air individu yang baru, ia akan dipasangkan dalam masa 2 hari bekerja selepas SAJ menerima semua pembayaran yang diperlukan (wang sumbangan, deposit dan yuran sambungan)

2. Mengapa meter air dipasangkan di luar kawasan rumah?

Meter air lazimnya dipasang di luar kawasan rumah bagi memudahkan proses pembacaan meter

3. Bagaimana untuk mengetahui sekiranya meter air saya mengalami kerosakan?

  • Meter air rosak sekiranya angka penunjuk meter tidak bergerak (bacaan harian tidak berubah) sungguhpun air digunakan setiap hari.
  • Angka penunjuk meter tidak bergerak dengan lancar (pusingan penunjuk meter tidak stabil)
  • Meter pecah dan mengakibatkan kebocoran air pada meter itu sendiri

4. Apa yang perlu dilakukan sekiranya meter air saya didapati rosak?

Laporkan kepada SAJ secepat mungkin dengan emel di customer.care@saj.com

5. Sekiranya saya tidak berpuas hati dengan prestasi meter air, bolehkah saya memohon untuk ujian meter air dijalankan?

Anda boleh memohon ujian meter air untuk dijalankan dengan mengisi surat standard bersama-sama dengan pembayaran deposit

6. Bagaimana saya boleh mengurangkan bil air?

Gunakan air dengan cermat. Terdapat panduan bagaimana menggunakan air dengan bijak

D – Pelbagai

1. Bagaimana SAJ memaklumkan kepada pengguna sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan air?

Bagi gangguan bekalan air berjadual, pengguna akan dimaklumkan sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal menerusi akhbar tempatan atau radio. Sekiranya ia hanya melibatkan kawasan yang kecil, risalah akan diedarkan. Anda juga boleh mengetahui melalui laman web kami di www.saj.com.my sekiranya terdapat sebarang gangguan bekalan air.

2. Apakah Non-Revenue Water (NRW)/ Air Tidak Berhasil?

NRW merupakan perbezaan di antara isipadu air yang dimasukkan ke dalam sistem dan isipadu air yang dibilkan

3. Apa yang boleh dilakukan sekiranya saya dapati berlaku paip pecah atau kebocoran paip air di kawasan awam?

Sekiranya anda terlihat paip pecah, kebocoran atau limpahan tangki, sila emel di customer.care@saj.com.my